Komponen PlayStation Eye

Kamera

PlayStation Eye berupaya merakam video dengan kadar 60 Hz dengan resolusi 640×480 piksel atau dengan kadar 120 Hz dengan resolusi 320×240 piksel[1]. Ianya empat kali ganda resolusi dan dua kali ganda kadar bingkai berbanding dengan EyeToy, menurut Sony[10]. Kadar bingkai yang lebih tinggi, sehingga 180 Hz dengan resolusi 320×240 piksel atau 75 Hz dengan resolusi 640×480 piksel boleh dicapai dengan menggunakan aplikasi khas seperti Freetrack atau Linuxtrack[11].

Kamera Eye berkeupayaan melakukan pengesanan dengan kadar dua kali ganda berbanding EyeToy[10], di mana Sony bekerjasama dengan pembuat cip mikropemproses pengesan OmniVision Technologies dalam membina cip mikropemproses menggunakan tatasusunan piksel yang lebih besar, yang membolehkan kamera menjejak pergerakan dalam situasi cahaya malap[2]. Sony menyatakan bahawa PlayStation Eye mampu mengeluarkan kualiti video yang munasabah walaupun menggunakan pencahayaan daripada set televisyen[10].

Kamera ini terdiri daripada dua buah lensa zum berfokus tetap. Pengguna boleh memusingkan laras lensa tersebut sehingga 56 darjah sudut pandangan, sama seperti yang terdapat pada peranti EyeToy[10], untuk penggunaan dalam aplikasi sosial, atau 75 darjah sudut pandangan untuk sudut pandangan jauh yang biasanya digunakan bagi mewujudkan suasana interaktif dalam permainan video[1].

PlayStation Eye berupaya untuk menyediakan video ke dalam konsol dalam keadaan nyahmampat atau menggunakan kaedah pemampatan JPEG[1].

Mikrofon

PlayStation Eye menampilkan empat tatasusunan mikrofon terbina[1], di mana konsol PlayStation 3 akan menggunakan teknologi penjejak suara berbilang arah, pembatalan gema dan penghapusan bunyi latar belakang. Fungsi ini membolehkan peranti ini digunakan dalam keadaan yang bising tanpa menggunakan fon kepala[1]. Kesemua tatasusunan mikrofon ini memproses bunyi 16-bit pada kadar 48 kHz dan kadar signal-hingar sebanyak 90 desibel[1].


Rujukan

WikiPedia: PlayStation Eye http://www.gamasutra.com/php-bin/news_index.php?st... http://www.gametrailers.com/player/23912.html?type... http://kotaku.com/5297265/sony-spills-more-ps3-mot... http://blog.newsweek.com/blogs/levelup/archive/200... http://www.pcgamer.com/how-to-build-your-own-ir-he... http://au.playstation.com/games_media/games/ps3/e/... http://au.playstation.com/ps3/hw/playstation3eye.j... http://www.jp.playstation.com/scej/title/eoj/ http://us.playstation.com/ps3/accessories/playstat... http://blog.us.playstation.com/2007/09/20/5-things...